Perlahan lahan aku meletakkan kepalaku di atas meja. Keluhan dilepaskan.
Timbunan buku di sebelahku dipandang lesu.
"Ya Allah, part mana entah senior aku cakap form 4 ni tahun honeymoon...." mulut mula membebel macam mak nenek kehilangan kain batik.
Tuntutan kerja sekolah, kerja kerja rumah seharian membuatkan aku sedikit sebanyak terbeban.
Bukan merungut cuma sudah mula keletihan dengan begitu banyak tuntutan yang memerlukan perhatian mutlak aku.
Ya, perjalananku sebagai pelajar menengah atasan baru sahaja bermula.
Dan duri serta batu yang tajam mula terasa ketika kaki mula diorak perlahan dalam perjalanan ini.
Kesabaran dan kesyukuran cuba diselitkan tiap kali mehna dan ujian datang bertandang.
Terkadang, ujian ukhuwah di sini, penerimaan ilmu baharu dan perubahan diri sendiri jua banyak memberi tekanan kepada hati ini.
Dan kerana itulah perhatianku mula beransur pudar dari dunia blog dan laman sosial yang lain.
Tanggungjawab sebagai seorang pelajar, serta adik menghayutkan aku seketika.
Tapi kalian jangan risau, aku akan cuba juga sedaya upayaku untuk mencurahkan sedikit ilmuku untuk kalian semua.
Walau ilmuku masih tidak setinggi ilmu daie yang lain, aku akan cuba juga untuk tuangkan ilmuku dalam 'gelas blog' ini.
Dan er maaf andai ini membuatkan kalian berasa berat hati....
Cuma aku minta sedikit pertolongan.
Mohon aku dikuatkan hati dan dimantapkan iman oleh Dia sepanjang proses pembelajaranku mula berjalan.
No comments:
Post a Comment